PTj dalam kenyataan yang dipetik di laman web rasminya memaklumkan, terdapat 20 kekosongan premis di tujuh lokasi yang ditawarkan kepada pemohon.

“Antara syarat-syarat permohonan termasuk warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas, telah mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan keutamaan kepada mereka yang menyertai program E-Kasih, Program Start-Up/Scale -Up (PPj-Kementerian Wilayah Persekutuan),” menurut kenyataan itu.

Menurut PPj antara lokasi yang ditawarkan termasuk di Souq, Dataran Putrajaya, Presint 1 sebanyak 11 unit, Kios No. K02, Pusat Aktiviti Air, Taman Botani, Presint1 (1 unit), Kios merah No, KM 01-04, Persiaran Perdana, Presint 2 (4 unit) dan Kios No. K04 Persiaran Perdana, Presint 3 (1).

“Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat Blok B, Aras 5, Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675, Putrajaya,” menurut kenyataan itu.-UTUSAN ONLINE