Operasi yang berlangsung kira-kira empat jam bermula pukul empat petang itu mensasarkan beberapa lokasi termasuk di bawah jejantas Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kampung Pandan, Angsana Hilir, Jalan Mewah 4 serta Pandan Mewah.

“Tindakan menarik lesen itu dilakukan kerana peniaga telah melanggar syarat iaitu menyewakan premis kepada warga asing.

“Sepanjang operasi dijalankan sebanyak 30 gerai disita, lapan dikenakan kompaun serta 10 warga asing tanpa izin ditahan,” menurut MPAJ dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE