Pengerusinya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob berkata, tindakan tidak berperikemanusiaan AS dan sekutunya itu dilihat sengaja dicetuskan agar puak neokonservatif tidak bersuara.

Ini kerana katanya, mereka inginkan penglibatan AS dalam konflik di Syria sekali gus menggulingkan sekutu Assad.

“Namun begitu, AS turut mengambil langkah berjaga-jaga agar isu ini tidak membawa kepada ketegangan kepada sekutu Syria iaitu Rusia yang akhirnya memberi kesan kepada kestabilan serantau dan antarabangsa.

“Saya kesal dengan tindakan negara-negara ini kerana bertindak sedemikian disebabkan agenda mengimbangi kuasa masing-masing.

“Kami berharap, negara berkuasa ini tidak seperti ‘enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ kerana tidak mengambil kira isu kemanusiaan di rantau yang sedang bergolak itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE