Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, negeri Kedah merupakan yang paling tinggi mencatatkan jumlah pelajar yang dikesan positif iaitu seramai 218 pelajar yang disaring dari 2,762 orang dari 159 buah sekolah.

“Tumpuan yang serius akan diambil dan pertemuan dengan pihak Jabatan Pendidikan akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan langkah segera yang akan diambil bagi mengekang masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) 2017 di Dewan Sri Akasia, Ibu pejabat AADK Bandar Baru Bangi, dekat sini hari ini.

Nur Jazlan menyampaikan sendiri Anugerah tersebut kepada seramai 467 orang penerima.-UTUSAN ONLINE