Kita tidak menolak mereka sepenuhnya namun terpaksa akui kebanjiran warga asing yang terlalu ramai bukanlah sesuatu yang menyenangkan terutama apabila melihat kesan serta pengaruh negatif yang mengugat pelbagai aspek kehidupan penduduk di negara ini.

Di kota-kota besar se­perti London dan Paris, penolakkan terhadap lambakan pekerja warga asing juga berlaku.

Namun bukan kerana rasis tetapi lebih kepada rasa tidak senang terhadap tingkah laku ‘orang luar’ yang tidak menghormati batasan sosial dan peraturan.

Pengaruh yang disebar oleh golongan pekerja berkemahiran rendah itu dikhua-tiri menghakis nilai-nilai masyarakat Eropah yang terkenal dengan peradaban, kesedaran sivik dan moral yang terbina sejak berabad-abad lamanya.

Perilaku seperti tidak men­jaga kebersihan, me-langgar peraturan dan meng­abaikan aspek-aspek ke­selamatan adalah sebahagian daripadanya.

Di negara ini, isu sama telah membawa musibah yang tidak kurang kesannya. Pertembungan cara hidup dari bermacam-macam negara bukan sahaja meletakkan masyarakat kita dalam kecelaruan budaya bahkan menambah beban kepada kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Masalah ‘sampah terbang’, penglibatan dalam perniagaan makanan, meminta sedekah di jalan raya dan penjualan semula sayur-sa­yuran terbuang merupakan antara petunjuk utama di kawasan penempatan yang padat dengan warga asing.

Kalau mahu hipotesisnya, lihat sahaja apa yang berlaku di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengalaman penulis se­tiap kali melalui bahagian bandar lama Kuala Lumpur itu cukup janggal. Seperti bukan Malaysia.

Pelbagai tabiat dan pe-rilaku buruk boleh dilihat. Ada yang bercangkung di kaki lima, meludah air kunyahan sireh ke lantai, mengetuk tingkap kende-raan untuk menjual barang dan ada juga yang menawarkan khidmat seks (orang tengah).

Persoalannya, bagaimana kelompok pekerja yang dahulu hanya terlibat dalam kerja-kerja kasar kini beralih ke sektor perniagaan sehingga mempunyai rangkaian kongsi gelap mereka sendiri.

Pada peringkat ini, kerajaan dan pembuat dasar perlu melihat masalah dari sudut lebih menyeluruh dan alasan untuk memenuhi keperluan dalam sektor pembinaan, perladangan dan perkilangan sudah tidak relevan.

Jangan masih terlalu bergantung pada cara kerja dan prosedur lama kerana selama ini terbukti ia tidak cukup berkesan.

Jika tidak dikawal dari sekarang, segala perancangan dan usaha kerajaan akan musnah begitu sahaja. Apa akan jadi pada kempen-kempen menjaga kebersihan, pencegahan jenayah, penyakit-penyakit berjangkit dan sebagainya.