Persoalannya, berapa ramaikah antara mereka mengenali permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, tarik upih pinang, baling selipar atau galah panjang?

Permainan tradisional seolah-olah semakin dilupakan berikutan perkembangan pesat teknologi maya.

Sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab mendidik anak-anak mengenali permainan tradisional agar tidak terus ditelan zaman.

Berbeza pula dengan sekumpulan kanak-kanak dari Perumahan Awam (PA) Seri Pulau Pinang di ibu negara apabila mereka berjaya ‘menghidupkan’ semula permainan tradisional itu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kediaman itu baru-baru ini mendapati mereka begitu asyik bermain permainan baling selipar bersama rakan-rakan.

Permainan ini dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain, selain membolehkan mengenali permainan warisan nenek moyang. - UTUSAN ONLINE