Sekolah tersebut menjadi johan dalam lapan daripada 12 kategori dalam pertandingan yang diadakan di SBPI Batu Rakit, Kuala Terengganu itu.

Antara kategori yang dimenangi oleh wakil sekolah itu ialah Syarahan Agama Lelaki, Tilawah Perempuan, Hafazan (Juz 1-30) bagi lelaki dan perempuan, Hafazan Perempuan (Juz 1-15), Hazafan Lelaki (Juz 1-10) serta Hafazan (Juz 1-5) kategori lelaki dan perempuan.

Selain johan, SBPI Rawang juga muncul naib johan dalam kategori Syarahan Agama Perempuan, Tilawah Lelaki, Hafazan Lelaki (Juz 1-15) dan Hafazan Perempuan (Juz 1-10).

Para pelajar SBPI Rawang yang menjadi johan keseluruhan Majlis Hafazan dan Tilawah al-Quran Sekolah Berasrama Penuh peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu, semalam.

Sebanyak 11 buah sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pendidikan mengambil bahagian dalam pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu.

Sekolah-sekolah lain yang mengambil bahagian termasuk SBPI Batu Rakit selaku tuan rumah, Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong, SMAP Kajang, Sekolah Menengah Sains (SMS) Machang, SMS Pasir Puteh, SBPI Selandar, SMS Sultan Muzaffar Shah, SMS Sultan Alam Shah, SMS Dungun dan SMS Sultan Mahmud. - UTUSAN ONLINE