Ini terutama dapat dilihat di kawasan pasar dan industri di mana lokasi tersebut menjadi tumpuan manusia melakukan pelbagai aktiviti dengan rancak sekali sehingga urusan pembuangan sampah tidak langsung dipedulikan.

Situasi ini dikesan di Pasar Borong Harian Selayang apabila segelintir pihak tidak bertanggungjawab menjadikan kawasan sekeliling pasar awam itu sebagai tempat pembuangan sampah.

Lebih dikesali apabila ia dibuang merata-rata tempat sehingga memenuhi kawasan longkang dan di bahu jalan sehingga bertaburan ke kawasan petak letak kenderaan mengakibatkan ia jijik untuk dipandang.

Perbuatan menjadikan laluan awam di Jalan Selayang Baru berhadapan Pasaraya Sri Ternak sebagai tapak pembuangan sampah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan kegagalan mereka dalam menguruskan kebersihan persekitaran.


Sehubungan itu, pihak berkuasa perlu bertegas dalam soal ini dengan mengenakan denda dan hukuman kepada pelaku supaya hukuman itu dapat menjadi pengajaran kepada yang lain. - UTUSAN ONLINE