Timbunan pelbagai barangan lusuh seperti tilam, perabot dan sisa pepejal memenuhi kawasan tersebut, selain bau memualkan menusuk hidung.

Kawasan persekitaran di situ menyakitkan mata, selain kehadiran haiwan perosak seperti tikus, lipas dan ulat sampah.

Justeru, pihak berwajib pangsapuri berkenaan digesa menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan segera supaya persekitaran kediaman itu bersih dan selesa untuk didiami. -UTUSAN ONLINE