Bantuan berupa wang tunai sebanyak RM250 dan barangan keperluan itu disampaikan oleh Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain.

Menurut kenyataan MBPJ di sini hari ini, sambutan yang diadakan pada pukul 3 hingga 5 petang itu bertujuan memperkenalkan kebudayaan dan adat kaum cina kepada kakitangannya.

“Pelbagai acara menarik telah diadakan antaranya tarian singa, kebudayaan dan cabutan bertuah. Ia merupakan acara tahunan rasmi dalam kalendar program pihak berkuasa tempatan itu.

“Diharapkan melalui sambutan ini, persaudaraan dan persefahaman yang sedia terjalin antara kakitangan MPBJ walaupun berlainan bangsa dapat dieratkan lagi,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE