Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dalam kenyataan memaklumkan, program yang dirasmikan Timbalan Yang Dipertua MDHS, Azman Dahlan itu menampilkan pelbagai acara dan pertandingan seperti deklamasi sajak dan syair serta nyanyian lagu patriotik.

Golongan belia juga memeriahkan penyertaan dalam acara sukan seperti futsal padang, sepak takraw, dan bola jaring selain sukan rakyat seperti pertandingan dart, timbang bulu tangkis, anyam ketupat serta mewarna bagi kanak-kanak.

Sambutan Hari Malaysia pada kali ini lebih istimewa kerana turut diadakan penyerahan hadiah cabutan bertuah bagi kempen bayaran cukai taksiran MDHS di mana sebanyak 33 hadiah bernilai RM150,000 telah dimenangi pembayar cukai di Daerah Hulu Selangor. - UTUSAN ONLINE