Peserta program dilepaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz sewal pukul 8.30 malam.

Pengerusi program, Mohd. Firdaus Mahayuddin berkata, jelajah konvoi tersebut menyasarkan tiga kawasan iaitu Raub, Bentong dan Janda Baik sebelum kembali semula ke Semenyih.

“Program tajaan Riyadhul Jannah Asia (M) Sdn. Bhd. ini bertujuan menyampaikan sumbangan set kelengkapan pengurusan jenazah Riyadhul Jannah, sumbangan keperluan asas dan wang tunai selain aktiviti gotong-royong.

“Sumbangan tersebut disalurkan kepada Masjid Mahabbah Raub, Masjid Al-Falahi, Felda Lurah Bilut, Bentong dan Masjid Sultan Abu Bakar, Janda Baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Mohd. Firdaus, program berkenaan diharap dapat diperluaskan lagi ke daerah lain untuk menggalakkan golongan muda menggunakan platform tersebut sebagai usaha mendekatkan diri dengan masjid. - UTUSAN ONLINE