Penolong Pengurus Bahagian Makanan dan Minuman A'Famosa Resort, Mohd. Ezad Mohd. Johan berkata, antara menu yang ditawarkan ialah kambing golek, ayam golek percik Seri Menanti, sambal pecal Mahligai dan panggang rempah raja.

Menurutnya, selain hidangan itu terdapat masakan istimewa lain seperti ikan siakap masak tempoyak dan burung puyuh goreng rempah asli hasil air tangan cef berpengalaman Restoran Golfer Terrace, V. Maniam.

"Pelbagai makanan dan minuman lain disediakan sebagai pilihan mengikut selera pelanggan gerai mini turut dibuka mengikut kategori masakan bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan.

"Kita juga menjangkakan pencuci mulut istimewa iaitu bubur durian dan dadih kelapa dengan lapisan Blueberry akan mendapat sambutan daripada pengunjung,” katanya.

Mohd. Ezad berkata, tidak ketinggalan mereka turut menawarkan minuman panas dan sejuk ramuan istimewa pasukan kulinari iaitu bandung soda dan teh tarik.

Katanya, harga bufet ialah RM75 bagi dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak bermula dari 27 Mei hingga 26 Jun depan selain tawaran harga RM55 diberikan untuk pelanggan yang membuat tempahan awal.

Dalam pada itu A' Famosa Resort turut menawarkan promosi diskaun 30 peratus bagi taman tema dan penginapan sepanjang Ramadan ini bermula dari tarikh yang sama. - UTUSAN ONLINE