Gembira dengan kejayaan itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, faktor perancangan pembangunan efektif daripada pemaju serta sinergi yang baik bersama agensi kerajaan dan juga penduduk setempat menjadi pemangkin kepada projek itu dapat disiapkan lebih awal.

“Para pembeli sebenarnya amat bertuah kerana projek ini amat strategik dan terletak di tengah-tengah pusat bandar.

“Kemudahan disediakan juga bertaraf kondominium seperti kolam renang, kawasan rekreasi, gimnasium, dewan serbaguna, surau dan infrastruktur lain,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran dan Penyerahan Kunci Residensi Sentulmas, hari ini.

Residensi Sentulmas dibina di atas tanah berkeluasan 0.47 hektar yang menawarkan satu blok berketinggian 30 tingkat dengan 351 unit kediaman.

Kediaman Rumawip berkeluasan 900 kaki persegi itu ditawarkan pada harga RM300,000 seunit serta didatangkan dengan tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu petak tempat letak kereta. - UTUSAN ONLINE