Pelajar tersebut, Nur Annisa Zainal, 12 terpaksa menjalani rutin harian dalam keadaan serba kekurangan ekoran rumahnya tidak mempunyai bekalan elektrik.

“Ayah saya bekerja sebagai tukang rumah dan mempunyai pendapatan tidak menentu menyebabkan kami terpaksa bergelap pada waktu malam sejak tiga tahun lalu malah pernah me­numpang di rumah jiran kerana masalah kewangan.

“Jika ada orang panggil ayah untuk bina atau baiki rumah itulah rezeki kami sekeluarga. Kalau tidak ada kerja, tiadalah duit,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menerima sumbangan bersama lebih 100 orang penerima lain.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

NUR ANNISA ZAINAL
NUR ANNISA ZAINAL 

Sementara itu, ibu tunggal kepada tiga orang anak, Sabarina Rahman, 39 memberitahu, bantuan yang diterima sekurang-kurangnya meringankan beban yang ditanggung kerana kos persekolahan pada masa kini semakin meningkat.

“Ini kali pertama anak saya menerima bantuan persekolahan. Wang yang disimpan kira-kira RM400 bagi tujuan tersebut dapat digunakan untuk keperluan lain seperti perbelanjaan harian,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid Sa­mad berkata, pihaknya menyarankan agar lebih ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membantu golongan yang tidak berkemampuan.

“Kesedaran itu perlu ditingkatkan supaya kita dapat mengurangkan jurang kemiskinan dalam masyarakat.

“Kerajaan sentiasa menyokong usaha mana-mana NGO yang ingin membantu golongan kurang berkemampuan di negara ini,” katanya