Unit yang dinamakan Rumah Instant Al Ansar (RIA) itu merupakan kediaman dua bilik dengan satu bilik air yang diilham daripada penglibatan syarikat itu dalam pembinaan rumah mangsa gempa bumi di Lombok, Indonesia.

Pengerusi Eksekutif Al Ansar, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, syarikatnya menjadi satu-satunya kontraktor asing yang terpilih membina rumah berteknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) di penempatan mangsa gempa di Lombok yang dikenali sebagai Rumah Instant Tahan Gempa (RITA).

“Teknologi kami mendapat sokongan dari Fakulti Seni Bina Perancangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Kementerian Riset Teknologi dan Pendidikan Tinggi Universitas Mataram, Indonesia.

“Mereka telah melakukan pemeriksaan dan ujian ketahanan terhadap bencana dan keputusannnya sangat memberangsangkan sekaligus meyakinkan kami untuk memperkenalkannya kepada rakyat negara ini,” ujarnya ketika ditemui media.

Muhamad Khanafi berkata, RIA ditawarkan untuk 30 pembeli pertama berbanding harga asalnya RM79,000 sebuah kerana dibina secara berkumpulan dengan kos yang paling minimum.

“Antara kelebihan penggunaan IBS adalah kebolehan sesebuah rumah itu dibesarkan mengikut kemampuan kerana struktur yang digunakan boleh disambung dengan mudah dan cepat,’’ katanya.

Al Ansar IBS boleh dihubungi melalui talian hotline 011-1310 7086 atau 011-1310 7525 atau Facebook : Banglo IBS dan Instagram @bangloibs.