Bekas Exco Pemuda PPBM, Mohamad Taufik Abbas berkata, AGM berkenaan telah dibuat tanpa perwakilan yang dipilih melalui mesyuarat di peringkat cawangan, bahagian dan sayap parti berkenaan.

“Kesimpulannya, mereka langgar perlembagaan mereka sendiri, sepatutnya buat pemilihan di peringkat bahagian, supaya yang datang itu memang ahli-ahli yang dipilih, barulah demokrasi, ini sesuka hati lantik perwakilan, itu namanya kronisme,” katanya kepada pemberita selepas membuat aduan rasmi di Ibu Pejabat ROS di sini hari ini.

Semalam, Ketua Bahagian PPBM Temerloh, Amerus Che Onn menggesa ROS membuat siasatan terperinci terhadap perhimpunan agung PPBM yang pertama pada Sabtu lalu kerana didakwa tidak mengikut perlembagaan parti. - UTUSAN ONLINE