Peguam bela mewakili peniaga berkenaan Kamarudin Ahmad berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada agensi berkenaan dan memberi tempoh sehingga hujung minggu ini untuk mendapatkan penjelasan tersebut.

“Peniaga-peniaga tidak mahu gerai mereka dirobohkan secara tiba-tiba. Jika ada satu jalan penyelesaian, kita tidak mahu bawa kes ini ke mahkamah.

“Setakat ini tiada surat hitam putih daripada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak sedangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib mengatakan premis ini tidak akan dirobohkan sehingga tapak baharu disediakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE