Pengerusi Penganjur, Vivien Lee berkata, acara larian sejauh enam kilometer yang bermula pada pukul 7.30 pagi itu diadakan di sekitar Bandar Sunway bermula dari Universiti Sunway, Subang Jaya Selangor.

“Program ini bertujuan menyokong kanak-kanak autistik dan pada masa yang sama meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai sempena bulan kesedaran autisme ini.

“Larian ini berjaya mengumpul dana sebanyak RM23,700 yang mana kutipan tersebut akan disumbang kepada pertubuhan amal, A Plus For Autism,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE