MBPJ dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, pertandingan untuk kali ketiga itu akan berlangsung di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 11 Mac depan.

“Yuran penyertaan sebanyak RM40 dikenakan untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat pada 10 Mac bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 10.30 malam di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, sebanyak 500 t-shirt akan diedarkan secara percuma kepada peserta terawal selain para peserta berpeluang memenangi kira-kira 40 hadiah cabutan bertuah. - UTUSAN ONLINE