Pertandingan anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Melaka itu akan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pengarah MOTAC Melaka, Jeffri Munir berkata, juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM10,000 manakala naib jura dan tempat ketiga masing-masing menerima RM4,000 dan RM1,000.

Pemenang tempat keempat menerima RM500 dan kelima hingga ke 10 (RM250).

“Penganjur turut menawarkan hadiah wang tunai RM200 untuk hadiah tempat ke-11 hingga ke-20 dan RM100 untuk tempat ke-21 hingga ke-50,” katanya kepada Utusan Malaysia. - UTUSAN ONLINE