Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri berkata, pertandingan siri pertama tahun 2018 itu sehingga kini menerima lebih daripada 1,000 penyertaan.

“Pertandingan ini menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM19,000 kepada pemenang.

“Yuran RM35 dikenakan bagi setiap joran. Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada hari Sabtu ini bermula pukul 1 tengah hari hingga 10 malam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis pelepasan lebih satu tan ikan pelbagai spesies termasuk tongsan dan toman bersaiz 15 kilogram di tasik berkenaan baru-baru ini.

Maklumat lanjut mengenai JPKL 2018 boleh diperolehi melalui laman Facebook JoranKL atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 atau 012-2846811. - UTUSAN ONLINE