Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RM100j peruntukan atasi banjir di ibu negara

BEBERAPA batang jalan sekitar ibu negara bakal dinaiktaraf daripada 2
BEBERAPA batang jalan sekitar ibu negara bakal dinaiktaraf daripada aspek saliran bagi mengelakkan kejadian banjir kilat berulang.

KUALA LUMPUR 19 Mac - Kementerian Wilayah Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menjalankan kerja-kerja menaik taraf beberapa jalan utama dan kolam takungan yang dikenal pasti menjadi punca berlakunya banjir di bandar raya ini.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kerja-kerja menaik taraf itu akan ditawarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui tender terbuka.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, RM75 juta diperuntukkan untuk 13 projek membabitkan sembilan jalan serta menaik taraf kolam takungan banjir di Universiti Malaya (UM) secara berfasa.

“Kementerian telah mengadakan perbincangan dengan pihak UM dan mereka memaklumkan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mendalamkan kolam di universiti tersebut.

“Justeru, kementerian bersetuju untuk menanggung kos perbelanjaan kerja-kerja menaik taraf kolam takungan banjir itu dan proses pemberian tender sedang dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Terdahulu, ketika menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai, Tengku Adnan menjelaskan, DBKL telah mengenal pasti empat punca utama banjir kilat di sembilan jalan sekitar Kuala Lumpur dalam kejadian banjir besar pada 14 Mac lalu.

Katanya, sebab utama banjir adalah longkang-longkang yang uzur dan hanya mampu menampung air hujan sebanyak 50 milimeter dan saluran keluar air hujan dari jalan ke longkang terhalang ekoran mendapan pasir serta sampah di tepi jalan.

Ujar beliau, saluran air keluar dari jalan ke longkang tidak mencukupi dan terdapat kelodak hakisan tanah akibat kerja-kerja pembangunan tanah turut menjadi punca banjir.

“Kuala Lumpur ini merupakan sebuah bandar raya yang sedang membangun dan kenaikan air berbeza-beza dengan kawasan lain sebab itu apabila kerja-kerja menaik taraf satu kawasan dilakukan fenomena banjir akan berpindah ke tempat lain,” katanya

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain