Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri berkata,

pertandingan bertemakan “Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera” itu bertujuan meningkatkan kesedaran warga kota untuk bersama-sama keluarga dalam melakukan aktiviti sihat.

“Juara pertandingan akan menerima RM8,000, naib juara RM3,000 dan tempat ketiga menerima RM1,000. Manakala pemenang tempat keempat pula akan menerima RM400, diikuti hadiah saguhati buat pemenang tempat kelima hingga ke-70,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Yuran RM35 dikenakan untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada Sabtu ini bermula pukul 1 petang hingga 10 malam.

Maklumat lanjut boleh melayari laman sosial facebook: jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan 012-2846811. - UTUSAN ONLINE