Pengerusi Tahfiz Al-Madrasathul Faridiyah, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, seramai 51 penyumbang terdiri daripada individu dan syarikat menghulurkan bantuan yang diagihkan kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan orang kurang upaya tanpa mengira agama dan bangsa.

“Sejak empat tahun lalu, pihak kami juga telah menyediakan sebanyak 1,000 unit barangan untuk disumbangkan kepada asnaf-asnaf sekitar Lembah Klang terutamanya Parlimen Setiawangsa dan Wangsa Maju,” katanya kepada pemberita.

Jawahar Ali yang juga Pengarah Urusan Ali Maju Sdn. Bhd. berkata, pihaknya juga turut mengundang lebih 6,000 penduduk setempat untuk hadir ke majlis ini dan berbuka puasa bersama-sama.

JAWAHAR ALI bersama Khalid dan pelajar Tahfiz Al-Madrasathul Faridiyah ketika majlis penyerahan sebu

JAWAHAR ALI bersama Khalid dan pelajar Tahfiz Al-Madrasathul Faridiyah ketika majlis penyerahan sebuah van jenazah sumbangan daripada Pengarah Urusan, Mahamas Medic Servis Sdn. Bhd., Dr. Abdul Saleem Said Mohamad yang ditempatkan di Surau Al-Ansar, Setapak Kuala Lumpur bagi kegunaan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan secara percuma. - UTUSAN ONLINE/ AZLAN HADI ABU BAKAR

Dalam masa sama beliau berkata, pihaknya turut menerima sebuah van jenazah sumbangan daripada Pengarah Urusan, Mahamas Medic Servis Sdn. Bhd., Dr. Abdul Saleem Said Mohamad yang ditempatkan di Surau Al-Ansar di sini bagi kegunaan orang ramai yang memerlukan perkhidmatan secara percuma.

Majlis perasmian program disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad. - UTUSAN ONLINE