Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Abdul Halim Ali berkata, setiap unit akan disewakan kepada para pelajar dan juga orang awam selaras hasrat menggalakkan universiti awam menjana pendapatan sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.

“Penginapan meliputi unit studio, dua dan tiga bilik yang diuruskan secara profesional daripada syarikat perhotelan. Hasil pendapatan daripada kompleks ini boleh membiayai program dan aktiviti anjuran UTM.

“Kompleks yang terletak di kawasan kampus berhampiran Jalan Maktab ini akan dibuka secara rasmi pada Julai ini. Kemudahan tersebut diharap dapat menarik lebih ramai pelajar dari dalam dan luar negara mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di UTM,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar; Pengarah Urusan Kumpulan Ahmad Zaki Sdn. Bhd.(AZRB), Datuk Seri Wan Zakariah Wan Muda dan Pengerusi AZRB, Datuk A. Rahman Abdullah. - UTUSAN ONLINE