Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihak pemaju SkyWorld yang bekerjasama dengan kementerian dalam menjayakan projek Rumawip ini mempunyai rekod cemerlang dengan 16 kali anugerah berprestij dalam bidang pembinaan.

“Saya yakin dan percaya mereka mempunyai keupayaan untuk menyiapkan projek ini dan meyerahkan kunci kepada para pembeli lebih awal daripada apa yang dirancang.

“Saya difahamkan kesemua unit kediaman berjumlah 1,226 unit telah habis dijual sepenuhnya sejak dilancarkan 15 Jun 2015,” katanya ketika berucap pada Majlis ‘Topping Off’ Residensi Skyawani, Kampung Batu Muda Tambahan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE