Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kerja-kerja membaikpulih yang dilakukan termasuk menukar pintu baharu dan mengecat semula rumah menjadi lebih ceria.

“Program membaik pulih rumah golongan daif yang melibatkan tiga buah rumah hari ini diharap dapat memberi keselesaan kepada ahli keluarga yang terlibat.

“Program ini adalah bukti keprihatinan dan kerjasama baik melibatkan pasukan Rela dengan kerajaan Barisan Nasional dalam program-program khidmat masyarakat yang dilakukan sejak dari dahulu lagi,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada program itu, Raja Nong Chik turut menyampaikan sumbangan daripada Rela Wilayah Persekutuan kepada anggota Rela yang terlibat.-UTUSAN ONLINE