Menara Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memberitahu, pertandingan yang bermula pukul 7.30 pagi itu akan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM8,000.

“Pertandingan ini merupakan acara tahunan bersempena bulan Ramadan.Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program kerana pihak kami juga akan mengagihkan bubur lambuk itu secara percuma kepada pengunjung.

Objektif pertandingan ini adalah untuk mempromosikan bubur lambuk kepada pelawat tempatan dan antarabangsa selain dapat memelihara budaya melayu serta resepi makanan itu,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi penganjur di talian 03-2020 5448.- UTUSAN ONLINE