Menterinya, Khalid Abdul Samad memberitahu, mana-mana kontraktor sedia ada yang didapati bersalah melakukan sogokan akan dihentikan kontrak serta merta.

“Saya ingin tegaskan bahawa tiada kompromi bagi mereka yang memberi atau menerima sogokan. Lebih baik duit itu digunakan untuk penambahbaikan projek yang diberi.

“Hentikan budaya rasuah. Jika dahulu DBKL dikenali sebagai ‘lubuk rasuah’, cara kerja baharu ini diharap dapat menukar persepsi negatif dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Terdahulu, Khalid mengadakan sesi perbincangan bersama kontraktor utama penyelenggaraan DBKL yang turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd. Aziz.