Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata, program selama empat minggu berturut-turut sepanjang April itu bertujuan mempromosikan stesen LRT baharu terutama dari stesen Lembah Subang ke Putra Heights.

“Selain itu, ia juga selaras dengan hasrat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjadikan stesen tersebut sebagai Pusat Kelulusan Setempat (OSC) terutama di stesen Ara Damansara yang menyaksikan pelbagai aktiviti pembangunan sedang pesat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan upacara penutupan program berkenaan hari ini.

Karnival dengan kerjasama White Railway Network itu diisi dengan pelbagai program antaranya gerai jualan artis, battle of the band, food truck dan cabutan bertuah yang bertujuan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam tersebut. - UTUSAN ONLINE