Rapid KL melalui satu kenyataan berkata, dalam insiden pada pukul 8.20 pagi itu, bas yang dalam perjalanan dari Hab Bas Pandan Indah ke pusat bandar raya telah melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh tiga lagi kereta di kawasan tersebut.

“Dua pemandu kereta persendirian itu dipercayai mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut manakala enam lagi penumpang bas berkenaan dilaporkan tidak mengalami kecederaan,” menurut kenyataan itu.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Trafik, Jalan Bandar dan punca kemalangan tersebut masih dalam siasatan. –UTUSAN ONLINE.