Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, lanjutan waktu operasi LRT hingga 12.30 tengah malam itu bagi memberi peluang kepada orang ramai yang ingin meraikan festival tersebut dan menyaksikan pertunjukan bunga api sempena sambutan Hari Malaysia.

“Pelbagai aktiviti menarik bakal disajikan kepada pengunjung antaranya pameran jualan, persembahan kesenian dan konsert artis tanah air.

“Pengunjung diminta menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan jalan raya dan masalah tempat letak kenderaan yang terhad di sekitar KL Sports City Bukit Jalil,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE