Pihak pengurusan gedung beli-belah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelbagai hadiah menarik disediakan dalam Pertandingan Karaoke ‘Suara Emas Ole Ole’ pada hari tersebut.

“Johan pertandingan akan menerima RM500 bersama piala dan hamper, diikuti naib johan RM300 dan tempat ketiga RM200. Kita juga membawa Kumpulan Kenny Remy Martin (KRM) yang popular pada tahun 80-an dengan lagu Suratan Atau Kebetulan dan Ku Petik Bintang Bintang.


“Program ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada para penyewa selain merapatkan hubungan antara pihak pengurusan dan pengunjung. Selain itu, pada bulan hadapan kami turut mengadakan promosi jualan kanopi tanpa sebarang caj sewa untuk penyewa yang berminat,” demikian menurut kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE