Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, gangguan sementara itu berpunca daripada berlakunya kejadian paip pecah di Persiaran Puncak Alam, Bandar Baru Puncak Alam.

“Kawasan-kawasan yang terlibat termasuk Puncak Alam Fasa 1 (Mahkota Impian), Puncak Alam Fasa 2 (Naluri Sukma, Gugusan Alam), Puncak Alam Fasa 3 ( Cakera Purnama - Seluruh Apartment), Sinar Alam ( Az Zaharah, Lautan Samudera), Fasa 5 (Alam Suria,Dataran Suria & Ambang Suria), Puncak Alam Jaya dan Puncak Bistari.

“Bagaimanapun kerja pembaikan paip giat dijalankan dan dijangka siap pada pukul 10 pagi esok ,” katanya kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, bekalan air akan pulih secara berperingkat dan bekalan air bantuan sedang dihantar ke hospital dan pusat dialisis dengan lori tangki air.

“Maklumat terkini mengenai kerja-kerja paip ini boleh dirujuk di www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit pintar “mySyabas”,” jelasnya lagi.