Di Jalan Putra Kajang, laluan utama penduduk menghala keluar ke Lebuhraya Silk terputus apabila sebatang pokok tumbang menghalang lalu lintas.

Di sekitar Pangsapuri Miro yang terletak di jalan yang sama, sekurang-kurangnya 10 kereta dan motosikal rosak ditimpa pokok.

Kewujudan pokok-pokok yang sudah lemah pada umbi dan akar dipercayai menjadi punca kejadian.

Sehubungan itu, penduduk dan pengguna jalan raya menyeru pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera menebang pokok-pokok di kawasan berkenaan. - UTUSAN ONLINE