Anugerah bertujuan memberi pengiktirafan kepada peniaga-peniaga di atas usaha penambahbaikan yang diambil dalam aspek kebersihan dan keselamatan makanan di premis mereka.

Bahagian Kesihatan Persekitran, Jabatan Perkhidmatan Bandar PTj dalam laman web rasmi PTj memaklumkan, anugerah itu dinilai berdasarkan penggredan premis makanan oleh pihak PTj melalui kerjasama Pejabat Kesihatan Putrajaya.

“Pertandingan ini hanya menumpukan premis kategori restoran (tidak termasuk restoran francais,makanan segera), medan selera, kafeteria kerajaan, kantin, sekolah, kiosk dan food truck.

“Premis makanan yang berjaya mengekalkan penarafan Gred A sebanyak dua kali berturut-turut semasa tempoh penjurian anugerah layak disenaraikan dalam pencalonan memenangi juara, naib juara dan tempat ketiga,” menurut kenyataan itu di sini.

Tempoh penilaian akan dijalankan dari Februari 2019 hingga Mei 2019. -UTUSAN ONLINE