CHEW YIN KEEN

Pengerusi BN Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Chew Yin Keen berkata, pemilihan calon payung terjun juga perlu dielakkan kerana hanya mendatangkan masalah kepada parti dan tidak disukai penduduk.

“Mereka mahukan pemimpin yang mudah didekati, mesra dan bukannya calon hanya tahu datang majlis tetapi lepas tangan selepas menang pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sijil pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) di sini hari ini .- UTUSAN ONLINE