Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Rudy Abdullah berkata, setakat ini, tiada perkara tidak diingini berlaku dan pihaknya sedang mengawal lalu lintas di jalan berkenaan bagi mengelakkan kesesakan.

“Dianggarkan 1,000 rakyat Indonesia berada di hadapan kedutaan republik itu sejak pagi tadi untuk mengundi sehingga 6 petang nanti,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pada Pilpres 2019, Presiden Joko Widodo (Jokowi) akan mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua, bergandingan dengan pasangan baharu Ma’ruf Amin, seorang ulama berpengaruh Indonesia sebagai naib presiden.

Mereka dicabar bekas ketua tentera Prabowo Subianto yang bergandingan dengan bekas timbalan gabenor Jakarta, Sandiaga Uno, 49.

Menurut Komisi Pemilihan Umum (KPU), 711 kerusi menjadi rebutan dalam Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR) yang terdiri daripada 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan 136 Dewan Perwakilan Daerah (DPD)- BERNAMA