MOHAMMAD AZLAN ABDULLAH

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, tawaran untuk kenderaan kelas satu itu akan bermula pada pukul 6 pagi hingga 6 pagi keesokkan harinya.

Jelasnya, antara lebuh raya yang terlibat, termasuk Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam dan Lebuhraya Kajang Silk.

“Diskaun yang ditawarkan sempena Deepavali merupakan satu daripada pelbagai program tanggungjawab sosial korporat Prolintas dan sebagai tanda terima kasih kepada semua pengguna lebuh raya kami.

“Melalui tawaran diskaun ini, kami berharap dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung pengguna lebuh raya, terutama mereka yang menyambut perayaan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE