Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Prolintas semarak kemerdekaan kesemua empat lebuhraya kendalian

JALUR GEMILANG dipasang di kesemua empat lebuh raya kendalian 2
JALUR GEMILANG dipasang di kesemua empat lebuh raya kendalian Prolintas bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 kali ini. - UTUSAN ONLINE/PROLINTAS

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) mengambil inisiatif dengan mengibarkan Jalur Gemilang di semua lebuhraya kendaliannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, empat lebuhraya itu adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Katanya, pemasangan Jalur Gemilang ini adalah bagi menyahut seruan kerajaan di dalam usaha mempamerkan semangat cinta akan negara di kalangan masyarakat.

“Sempena sambutan 60 tahun kemerdekaan ini, marilah bersama menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan sebagai melahirkan rasa kecintaan kepada tanah air seterusnya menghargai nilai kemerdekaan yang dikecapi selama ini,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain