Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Prolintas lancar kempen ‘#ContactlahKami’

BARISAN pasukan kempen #ContactlahKami selepas majlis pelancarannya
BARISAN pasukan kempen #ContactlahKami selepas majlis pelancarannya di Pejabat Operasi SUKE, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 18 Mac - Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) terus komited untuk mengadakan hubungan bersama semua pihak dengan melancarkan kempen #ContactlahKami menerusi aplikasi khas telefon pintar dan perkhidmatan van bergerak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, usaha itu digerakkan khas untuk tujuan pembangunan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara - Shah Alam (Dash).

Katanya,orang ramai boleh menyalurkan maklumat dan cadangan menerusi aplikasi itu ataupun terus berhubung di kaunter bergerak yang akan beroperasi bermula hari ini.

“Ini selaras dengan falsafah syarikat yang mengutamakan kualiti, teknologi dan tanggungjawab kepada rakyat dalam memajukan projek infrastruktur.

“Orang ramai terutamanya komuniti di sepanjang jajaran lebuh raya di bawah kumpulan ini, adalah keutamaan kami dan diminta untuk menyalurkan pandangan bagi manfaat bersama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh hadir merasmikan majlis pelancaran kempen tersebut di Pejabat Operasi SUKE. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain