Prolintas dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, program sosial sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina itu mencapai sasaran apabila berjaya mengutip sebanyak 250 pain darah daripada penderma.

“Bagi mencapai matlamat ini, kami telah menghubungi penderma setia melalui pangkalan data kami dan PDN.

“Kami juga turut mengedarkan poster, memasang kain rentang dan menggunakan media sosial untuk menarik lebih ramai pengguna Lebuhraya Kajang SILK untuk turut serta,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut kenyataan itu, sebagai menghargai sumbangan daripada penderma, pihaknya turut mengadakan pertandingan swafoto di Instagram dengan hashtag #jomdermadarah.

“Antara aktiviti lain adalah pemberian hadiah kepada penderma setia dan cabutan nombor bertuah. Kesemua penderma turut menerima cenderahati eksklusif beserta sijil penyertaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE