Menurut kenyataan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas), program tersebut dijangka bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang di Pejabat Operasi Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA).

“Karnival dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya itu akan diisi pelbagai aktivit menarik seperti perlumbaan berteraskan pengetahuan keselamatan iaitu ‘Selangor Cares About Road Safety Educational Race’ (SCORER).

“Turut diadakan pameran daripada pelbagai agensi termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Agensi Antidadah Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai SCORER boleh melayari laman web http//www.jkjr.gov.my.- UTUSAN ONLINE