Prolintas dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program itu berlangsung antaranya pertandingan memasak bubur lambuk, tazkirah agama dan cabutan bertuah.

“Sebanyak tujuh masjid dan surau dari Kampung Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah, Saujana, Bukit Subang dan Kuang mempamirkan kepakaran dan kreativiti masing-masing di dalam pertandingan bubur lambuk.

“Fiesta Bubur Lambuk turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa selebriti iaitu Angah Raja Lawak dan Zalif Sidek,” kata kenyataan itu.

Menurut Prolintas, kesemua bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai dan tiga rumah anak yatim iaitu Rumah Kasih Harmoni, Kampung Paya Jaras Dalam, Rumah Amal Al-Firdaus Denai Alam dan Persatuan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim Damai Kuang. - UTUSAN ONLINE