Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, ini berikutan kos projek tersebut didapati terlalu tinggi, iaitu sebanyak RM53 juta bagi setiap satu kilometer bagi keseluruhan 110 kilometer panjang landasan.

“Sudahlah kosnya terlalu tinggi namun yang lebih mengejutkan kita dapati projek itu memakan masa sehingga tujuh tahun untuk disiapkan.

“Sanggupkah kita menahan lapar dan seksa, untuk menunggu projek yang memakan masa itu siap,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum mengedarkan bungkusan Hari Raya kepada para penumpang ETS dan Komuter KTM Berhad di Stesen Sentral, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KTMB , Rani Hisham Samsudin.

Siew Fook berkata, kajian juga perlu dilakukan ekoran projek ini diluluskan tendernya secara terus tanpa dibuat secara terbuka.

“Ini tentu menimbulkan pertanyaan banyak pihak yang melibatkan soal ketelusan dan integriti dan semua ini tidak memperlihatkan projek ini kelihatan ‘bersih’,” katanya. UTUSAN ONLINE