Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, kos menceriakan bandaraya menjadi mahal kerana melibatkan pihak kontraktor serta bayaran untuk logistik.

“Melalui program ini, DBKL hanya perlu menyediakan cat memandangkan semua aktiviti mengecat dan membersihkan ibu kota dilakukan oleh sukarelawan yang terlibat.

“Alhamdulillah, setakat ini sambutan yang diberikan oleh orang ramai sangat menggalakkan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program berkenaan di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii.- UTUSAN ONLINE