Pengarahnya, Wan Noraidah Wan Mohd Zain berkata, pe­la­sana­an program tersebut bersama Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun (PKK Tuan­ku Bainun) bertujuan membantu mereka bagi memanfaatkan masa la­pang dengan sesuatu yang berfaedah di samping mencungkil bakat dan minat mereka terhadap seni kreatif.

“Seperti yang sedia maklum bahawa kanak-kanak dan remaja di PPR dan PA ini berkemungkinan terdedah kepada risiko permasalahan sosial yang mendorong mereka melakukan pelbagai kegiatan tidak bermoral.

“Jadi kami di JKM mengambil inisiatif dalam membangunkan minda mereka dengan menawarkan program bersama PKK Tuanku Bainun,” katanya dalam sidang akhbar di PKK Tuanku Bainun di sini.

Yang turut hadir ialah Pe­ngerusi PKK Tuanku Bainun, Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah dan Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Wan Mohammad Ghazali Nor.

Jelas Wan Noraidah lagi, pihaknya dan PKK Tuanku Bainun bersetuju untuk bergabung tenaga bagi membantu kanak-kanak tersebut melalui memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak bagi pembangunan Program Kreatif Kanak-kanak.

Sementara itu, Pengurus Besar PKK Tuanku Bainun, Raja Mazlena Raja Aziz berkata, pihak­nya menyambut baik usaha JKM dalam menjadikan kanak-kanak dari PPR dan PA yang terpilih supaya menjadi ikon kepada gene-rasi muda di kawasan perumahan mereka nanti.

Menurutnya lagi, kanak-ka­nak tersebut akan menerima latihan selama enam semester iaitu 10 kali sesi dan mereka akan diberi sijil menandakan berjaya di dalam bidang yang dipelajari.