Terpancar kegembiraan di wajah mereka dan tidak menunjukkan sebarang reaksi ketakutan untuk proses berkhatan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar, program itu merupakan kali pertama diadakan di masjid tersebut.

“Ibu bapa kepada kanak-kanak terlibat hanya perlu membayar RM25 sahaja untuk kos berkhatan walaupun jumlah sebenar adalah RM150. Selebihnya, pihak masjid dan saya mengambil inisiatif menampung kos RM125.

“Di sini tidak banyak penempatan Melayu, yang ada hanya kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) berdekatan. Alhamdulillah sambutan cukup baik dan saya mengucapkan terima kasih kepada pihak masjid kerana memainkan peranan memberi sumbangan untuk program ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Masjid Al Khasyiin, Norazman Sallehuddin. - UTUSAN ONLINE