Majlis perasmian program disempurnakan oleh pengurus hotel berkenaan, Md. Shukri Yusof.

Menurut Md. Shukri, acara itu diadakan bagi menarik perhatian serta memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai bidang kulinari dan perhotelan sekali gus dijadikan kerjaya pada masa akan datang.

"Program ini terbuka kepada kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun. Pendedahan memasak di usia muda dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk masuk ke dapur apabila dewasa kelak.

"Antara tiga menu ringkas yang perlu disediakan peserta adalah 'mixed fruit salad with mayonnaise', 'chicken schnitzel with caper butter sauce'dan 'mexican bum decoration'," katanya kepada Utusan Online.